Sunday, July 4, 2010

Sebiji Bola

Sebiji bola boleh menyatukan lebih 100 juta jiwa manusia di dalam satu masa walaupun datangnya dari benua yang berbeza. Sebiji bola tidak lagi menjadi simbol sukan tetapi ia merupakan maruah sesebuah negara yang berdaulat.

Argentina menerima nasib malang apabila dikalahkan oleh Jerman, sebuah negara Eropah dengan pukulan 4-0. Paling memalukan apabila lagenda bola sepak dunia, Maradona berasal dari Argentina dan tv kerap menyiarkan raut mukanya apabila golnya dibolosi oleh Jerman ini. Perkara yang sama berlaku pada Brazil apabila dilingkupkan oleh Netherland dengan sewenang-wenangnya. Jelas menunjukkan Netherland benar-benar inginkan kemenangan berbanding Brazil.

Apa yang kita harus belajar, jangan selalu berasa diri kita kuat, gah kerana disanjung. England pulang dengan hampa walaupun punyai barisan pemain terbaik dunia. Korea Selatan mengalahkan Greece yang merupakan bekas juara piala Eropah. Malaysia mungkin berpeluang memasuki Piala Dunia suatu hari nanti apabila kita boleh menerima budaya menepikan politik di dalam sukan. Sukan memerlukan fokus dan kepakaran yang sangat tinggi. Sukan tidak memerlukan dato atau Tan Sri untuk menjadikannya ia lebih unggul di Malaysia.

Teman baik aku, membelanjakan RM500.00 untuk Brazil Merchandise di Nike, 3 jam sebelum Brazil dikalahkan oleh Netherland.

Semangatnya itu rupanya tidak sama seperti pemain Brazil itu sendiri. 100,000 penyokong Korea Selatan turun bersorak di tengah-tengah Ibu Kota Seoul semasa mereka bertanding untuk memasuki separuh akhir. Walaupun kalah, ia tidak seperti di Malaysia apabila Manchester United berjuang melawan Pasukan Malaysia, 70% menyokong MU dari Malaysia sendiri dan paling teruk, kita tetap kalah.

Benar, sukan penuh kejutan.

Terutama apabila pernah pemain bola sepak tempatan beraksi di dalam majalah Mangga suatu masa dahulu.

Moga Jerman memenangi Piala Dunia 2oo1.