Sunday, January 2, 2011

they just beautiful

Najwa




My Aikalicious


Faze Thorn Boy

Saturday, January 1, 2011

among of...


Here's among of my fov photo project with my bestfriends Bill. He might look familiar sebab dia selalu buat commercial. Basically, this project is simple sebab only for the profile and archive but knowing me as myself, i always want to do more. Bill berjaya execute the whole session with his high end posture and pose .His wardrobes came from his very own Calvin Klien's personal collection.

Model: Bill
Photographer: Mike
Artistic and Creative Director: Myself
Producer: Taemin Gan
Make Up / Stylist: Josephine.
Year: 2011

2011




my 2011 new things.
Artistic Photography & Direction


Thursday, December 30, 2010

JANUAR' ELEVEN

PROJEK PERTAMA JANUARI 2011.

Tuesday, September 7, 2010

salam aidilfitri

Hari ini aku akan bertolak pulang ke kampung bagi menyambut hari raya aidilfitri. Perasaan yang wujud ini amat gembira dan pada masa yang sama, aku rasa bersyukur kerana hampir berjaya menunaikan ibadat puasa. Apa yang pasti, aku akan rasa sedikit sedih kerana meninggalkan ramadan al mubarak ini.

Di kesempatan ini. Aku ingin menzahirkan mohon dan maaf di atas ketelanjuran berbahasa dan perbuatan kepada mereka yang mengenali diri aku. Terima kasih buat rakan-rakan baik aku yang sudi berbuka puasa dengan aku sepanjang ramadan ini. Ramadan ini sebenarnya banyak membuka mata aku pada sesuatu yang amat penting di dalam hidup ini. Kerana itu, aku amat bersyukur. Alhamdulillah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Kak Ave Haryati dan keluarga, Sherry Ibrahim, Eddy Azwan,Nabil Ahmad dan Cik Pah, Awie, Rizal Ismail , Zarina Othman dan lain-lain. Moga Syawal memberi rahmat kepada kalian semua.

InsyaAllah.

Sunday, August 8, 2010

my brother, Along


Memilih kawan, mungkin tidak semudah memilih kasut di Pedro atau Lacoste. Hari ini, rakan baik aku semasa di sekolah menengah datang ke kuala lumpur Perbualan, gelak ketawa masih sama. Dan sedar atau tidak, karakter kami tak berubah walau sedikit. Eddy Ho, yang aku kenal masih orang yang aku kenal dari tingkatan 3. Sinis, Playful dan masih Along bagi aku and till now he still called me" achik".

What happened to Angah?.Thanks for the lunch Long.

Sunday, July 4, 2010

Sebiji Bola

Sebiji bola boleh menyatukan lebih 100 juta jiwa manusia di dalam satu masa walaupun datangnya dari benua yang berbeza. Sebiji bola tidak lagi menjadi simbol sukan tetapi ia merupakan maruah sesebuah negara yang berdaulat.

Argentina menerima nasib malang apabila dikalahkan oleh Jerman, sebuah negara Eropah dengan pukulan 4-0. Paling memalukan apabila lagenda bola sepak dunia, Maradona berasal dari Argentina dan tv kerap menyiarkan raut mukanya apabila golnya dibolosi oleh Jerman ini. Perkara yang sama berlaku pada Brazil apabila dilingkupkan oleh Netherland dengan sewenang-wenangnya. Jelas menunjukkan Netherland benar-benar inginkan kemenangan berbanding Brazil.

Apa yang kita harus belajar, jangan selalu berasa diri kita kuat, gah kerana disanjung. England pulang dengan hampa walaupun punyai barisan pemain terbaik dunia. Korea Selatan mengalahkan Greece yang merupakan bekas juara piala Eropah. Malaysia mungkin berpeluang memasuki Piala Dunia suatu hari nanti apabila kita boleh menerima budaya menepikan politik di dalam sukan. Sukan memerlukan fokus dan kepakaran yang sangat tinggi. Sukan tidak memerlukan dato atau Tan Sri untuk menjadikannya ia lebih unggul di Malaysia.

Teman baik aku, membelanjakan RM500.00 untuk Brazil Merchandise di Nike, 3 jam sebelum Brazil dikalahkan oleh Netherland.

Semangatnya itu rupanya tidak sama seperti pemain Brazil itu sendiri. 100,000 penyokong Korea Selatan turun bersorak di tengah-tengah Ibu Kota Seoul semasa mereka bertanding untuk memasuki separuh akhir. Walaupun kalah, ia tidak seperti di Malaysia apabila Manchester United berjuang melawan Pasukan Malaysia, 70% menyokong MU dari Malaysia sendiri dan paling teruk, kita tetap kalah.

Benar, sukan penuh kejutan.

Terutama apabila pernah pemain bola sepak tempatan beraksi di dalam majalah Mangga suatu masa dahulu.

Moga Jerman memenangi Piala Dunia 2oo1.