Wednesday, June 30, 2010

lakaran emas

Idea reka bentuk asal Petronas Twin Towers datangnya dari sketches Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang dilukis di atas sekeping kertas putih apabila arkitek lantikan ketika itu, Cesar Pelli masih tidak dapat memenuhi imaginasi Tun ketika itu. Sketches ringkas tersebut datangnya konsep geometrik yang datangnya dari isi reka pejabat Tun ketika itu. Cesar yang merupakan pemenang The Aga Khan Award pada tahun 2004 akhirnya berjaya merealisasikan ikon Malaysia yang kini menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan mungkin juga penyebab terhadap kemunculan bangunan tertinggi di beberapa buah negara arab Islam.

Islam tidak membenarkan lukisan berbentuk figura manusia atau hidupan dizahirkan di dalam seni. Islam hanya menggalakkan seni karyanya di dalam bentuk flora dan geometrik. Ini dapat dilihat pada asas rekabentuk masjid mahupun pusat Islam di mana-mana negara di dunia. Ia adalah satu asas keseniaan yang punya simbol dan identiti yang kukuh dan tiada batasannya.Cesar Pelli pasti memahami Malaysia dan Islam dengan begitu baik apabila beliau mampu menjadikan Petronas Twin Tower sebagai satu-satunya bangunan yang sangat unik dan tidak mampu ditiru oleh mana-mana negara kerana keunggulan seni artistik pada bentuk dan ruang binaan yang dilakukan.

Hari ini Petronas Twin Tower telah membawa Malaysia di atas peta dunia. Ia satu pelaburan yang tidak semahal apa yang kita kecapi pada hari ini terutama di dalam pertumbuhan seni bina di Malaysia.