Tuesday, September 7, 2010

salam aidilfitri

Hari ini aku akan bertolak pulang ke kampung bagi menyambut hari raya aidilfitri. Perasaan yang wujud ini amat gembira dan pada masa yang sama, aku rasa bersyukur kerana hampir berjaya menunaikan ibadat puasa. Apa yang pasti, aku akan rasa sedikit sedih kerana meninggalkan ramadan al mubarak ini.

Di kesempatan ini. Aku ingin menzahirkan mohon dan maaf di atas ketelanjuran berbahasa dan perbuatan kepada mereka yang mengenali diri aku. Terima kasih buat rakan-rakan baik aku yang sudi berbuka puasa dengan aku sepanjang ramadan ini. Ramadan ini sebenarnya banyak membuka mata aku pada sesuatu yang amat penting di dalam hidup ini. Kerana itu, aku amat bersyukur. Alhamdulillah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Kak Ave Haryati dan keluarga, Sherry Ibrahim, Eddy Azwan,Nabil Ahmad dan Cik Pah, Awie, Rizal Ismail , Zarina Othman dan lain-lain. Moga Syawal memberi rahmat kepada kalian semua.

InsyaAllah.