Sunday, January 2, 2011

photoshopnisme

Im not a big fan wedding pictures. Esp for malay. Bukan nak cakap aku racist but kadangkala art direction for wedding pictures agak berlebih-lebihan. Bermula dengan pose, landskap, latar belakang hinggalah Digital Imaging yang boleh buat aku buta 10 minit, aku amat sangsi terhadap seni fotografi perkahwinan ini. Bagi aku, ketulenan inspirasi dan idea hanya akan dibunuh dengan kuasa photoshop yang melampau-lampau.

Ia tidak bermaksud aku tidak sukakan semuanya, bagi aku, gambar yang baik harus bersifat tulen dan tidak dirosakkan dengan teknologi touch-up yang boleh buat aku trauma. Come on, langit di Malaysia tidak mungkin akan sama seperti langit di Eropah. Ada juga hasil kerja seni ini yang sangat baik dan punyai artistik yang tinggi, namun ia berada di dalam jumlah yang sangat kecil.

Mungkin kerana kita terlalu excited dengan kuasa kamera digital ini, segalanya mampu dilakukan. But, sebagai orang yang menghargai seni, aku berharap mereka-mereka yang terlibat di dalam industri ini tidak membunuh seni ini dengan photoshopnism.

Tidak selalunya fantasi dan imaginasi itu perlu dilakukan berlebihan. Less is more.

No comments: